Friday, September 24, 2010

Suntikan Semangat Patriotik di KMS

Pertandinan Koir antara blok juga telah diadakan pada hari Selasa , 21 September 2010 pada pukul 8 malam bertempat di Dewan Antares.

Sebanyak 5 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tepukan gemuruh kepada semua yang telah mengambil bahagian kerana telah menjayakan pertandingan ini dengan usaha yang sungguh komited dan dedikasi.

Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan koir dari Blok Polaris,dan diikuti dengan Blog Vega yang mengenakan pakaian tradisional bertemakan warna kuning, Blok Capella yang memenangi tempat ketiga,dan seterusnya diikuti dengan Blok Mira dan Canopus.




Kumpulan Koir dari Canopus yang membawa lagu 'Keranamu Malaysia'
. Persembahan mereka yang bersahaja membawa mereka ke posisi ketiga daripada lima.
Kumpulan Koir dari Blok Vega yang membawa lagu ' Sejahtera Malaysia' dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan.
 Diiringi musikal keyboard dan harmoni yang cukup melunakkan,Vega bukan sahaja memenangi tempat kedua daripada lima ,malah mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton yang datang menyaksikan pertandingan.
 1 Malaysia,Menjana Transformasi ; Gambar di atas menunjukkan bukti bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum mampu bersatu padu untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah negara maju yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan berbilang kaum.
Crowd di barisan belakang yang teruja menyaksikan persembahan band yang mempersembahkan lagu medley yang cukup  menghiburkan (dan lebih melucukan apabila penyanyi utama menyanyikan lagi Revolusi )

Para penonton yang juga datang untuk menyokong blok kediaman masing masing.
Malam Pertandingan Koir antara Blok mampu menjana perpaduan dalam kalangan para pelajar. Bersempena dengan tema kemerdekaan tahun ini,adalah bertetepan dengan usaha kerajaan  dengan berlangsungnya aktiviti seperti ini. Pertandingan ini bukan sahaja mampu menarik minat generasi muda dalam pemupukan semnagat patriotik dalam jati diri masing,masing,malah mampu untuk menjadi alat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Suntikan Semangat Patriotik di KMS

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 53,selaku batch pertama yang merasmikan segala aktiviti yang diadakan ulung kalinya, para pelajar telah diberi mandat untuk menghias blog kediaman masing masing.

Pertandingan menghias blog kediaman diada

Skan untuk menyuntik semangat kemerdekaan dalam diri pelajar dan juga sebagai menyahut hasrat kerajaan dalam menjayakan transformasi 1 Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk

1 Malaysia,Menjana Transformasi

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.
Transformasi di sini membawa maksud berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.
“Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik."
Oleh itu, untuk menjayakan  aspirasi kerajaan, kita perlu ada kesediaan serta keberanian untuk berubah ke tahap yang lebih baik.

Lakaran Sejarah Kemerdekaan





Sejarah Awal 
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.
                                           


Kebangkitan Orang Melayu

Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang.
Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu.
Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.
Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.

Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.
Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.

Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.
Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn
Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.

1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.

Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
                                         
 Stadium Merdeka.